Friday, 6 January 2012

░☆░☆░ Kek Chiffon Pandan ░☆░☆░

hehehhe.... gebu kan.... resepi nyer...............

Bahan2 :
Bahan A
✓ 3 kuning telur 
✓ 25gm gula halus
✓ 25ml minyak jagung
✓ 25ml susu cair/ santan
✓ 55gm tepung + 1/2 sudu kecil baking powder
✓ secubit garam
✓ 1 sudu kecil essence pandan

Bahan B
✓ 3 putih telur
✓ 40gm gula halus
✓ 1/4 sudu besar jus lemon

Cara2:
1. Bahan A : pukul telur + gula + garam hingga kembang atau sebati. masukkan tepung + baking powder sedikit demi sedikit dan diselang seli bersama susu cair. sudah sebati masukkan essence pandan dan gaul hingga sebati.
ketepikan......

2. mangkuk lain untuk bahan B : masukkan telur +gula + jus lemon bersama-sama dan dipukul dalam kelajuan yg tinggi.

3. lepas tue masukkan bahan A dan gaul bersama hingga sebati



4. sapukkan mentega pada loyang anda dan letakkan baking paper. panaskan oven dalam 200 celcius dan masak dalam 25  minit atau hingga masak menggunakan "cake taster" . kalau x melekat maksudnya dah masak... heheh... 



5. Dah masak, disejukkan dahulu barula dihidangkan....
haaaaa.... ini la cake taster..... kalau x melekat pada besi time kta cucuk, dah masak la kek kta tue.....


kalau nak letak aising sugar kat atas kek pun boleh.... ikut citarasa sendiri yer..... SELAMAT MENCUBA..... ✿◕‿◕✿ .....

0 comments:

Post a Comment